Tuesday, 4 July 2017

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA LADANG
CAWANGAN NEGERI PAHANG.

LADANG MERCHONG: HAL EHWAL PEKERJA ASING TURUT DIPELIHARA OLEH NUPW (PAHANG)



Ladang Merchong merupakan Ladang yang diurus oleh Tabung Haji Plantation yang terletak di Rompin,  Pahang. Pekerja asing yang majoriti bekerja di Ladang ini adalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Pihak NUPW Cawangan Negeri Pahang sentiasa berhubung dan mengadakan mesyuarat di ladang tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mendengar apa juga masalah yang timbul dalam kalangan mereka.


Pihak cawangan baru-baru ini menerima aduan daripada pekerja-pekerja Indonesia bahawa mereka tidak dibayar ‘‘Gaji Tunggakan’’ bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2010. Untuk pengetahuan saudara/saudari, Gaji Tunggakan merupakan suatu bayaran dimana perbezaan antara kadar gaji baru dengan kadar gaji lama yang harus dibayar kepada pekerja-pekerja yang layak. Pihak NUPW mengadakan dan menandatangani perjanjian 3 tahun sekali untuk mempertingkatkan Faedah-Faedah Sampingan dan untuk mempunyai kos sara hidup semasa. Maka dengan hasil usahanya,  pihak NUPW berunding dengan pihak MAPA bagi mendapatkan suatu kehidupan yang cemerlang bagi setiap ahli NUPW yang bekerja di Ladang dan Kilang Sawit.


Dengan arus pemikiran tersebut, pihak NUPW Cawangan Negeri Pahang berunding dengan pihak majikan untuk mendapatkan gaji tunggakan tersebut walaupun beberapa tahun sudah lalu. NUPW masih berperang dengan garis panduan utama iaitu menjaga hal ehwal ahli NUPW, maka berjayalah pihak NUPW mendapatkan gaji tunggakan untuk dua pekerja asing iaitu kepada En. Rizal sebanyak RM 3664.13 dan En. Rajib sebanyak RM 3509.32. Walaupun En. Rajib balik halaman kampung ke Indonesia, pihak NUPW diminta pihak majikan wang tersebut dimasukkan dalam akaun bank En.Rajib. Dalam 24 jam wang tersebut telah dimasukkan.

 Sekian....

C.UGANESWARAN


PERJUANGAN NUPW TERUS DAN TERUS TANPA BATASAN!

No comments:

Post a Comment

தேசியத் தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம் ரி.ம. 132,200.00 பெந்தா தோட்டத் தொழிலாளர்களுக்கு இழப்பீட்டுத் தொகையை வாதாடி கொடுக்கப்பட்டது. தெமெர்லோ, ...