KESATUAN KEBANGSAAN PEKERA-PEKERJA LADANG CAWANGAN NEGERI PAHANG TELAH MEMBERI WANG PAMPASAN INSURANS KEMATIAN KEPADA PEWARIS-PEWARIS AHLI KESATUAN DARI 4 BUAH LADANG DI PAHANG-C.Uganeswaran
===============================
Pihak NUPW telah berjaya mendapatkan subsidi bagi pembayaran premium Insurans AIA setiap bulan dan untuk setiap orang melalui Perjanjian Bersama MAPA/NUPW. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam mendaftarkan ahli baru dalam kesatuan supaya kita boleh merealisasikan apa yang kita mohon.
Pihak NUPW juga telah mendapatkan lebihan istimewa iaitu mendapatkan subsidi lebih daripda bayaran yang dibayar oleh ahli NUPW. Terlebih dahulu pihak NUPW telah berunding dan dapatkan daripada pihak majikan.
Keistimewaan ini hanya kepada sesiapa yang menjadi AHLI NUPW sahaja. Ia boleh menambahkan jumlah ahli kesatuan dari ladang dan kilang sawit. Setiap pekerja harus menyedarkan bahawa kemudahan ini untuk golongan pekerja dan ia semata - mata dipergunakan oleh mereka. oleh itu, seorang pekerja ladang dan kilang sawit harus menyertai dalam kesatuan bagi menikmati kemudahan ini yang harus dipergunakannya.
Pihak NUPW bukan hanya berunding untuk gaji baru malah mengadakan rundingan untuk kehidupan yang harmoni dan menjamin dalam kemudahan asas bagi setiap orang pekerja ladang dan kilang sawit. Oleh itu, setiap orang perlu sedar bahawa usaha NUPW untuk semua golongan di Sektor Perladangan. Sesiapa yang belu menjadi ahli dalam NUPW, sila mendaftarkan dirinya dalam NUPW bagi menjamin kehidupannya yang bahagia dan terjamin. Tambahan pula, beliau menyeru setiap AJK Ladang dan Kilang Sawit harus mengutamakan kebajikan ahli dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Perkhidmatan mereka harus diberi penghormatan maka kebajikan ahli di tempatan harus diutamakan, kata Setiausaha Cawangan NUPW Negeri Pahang En.C.Uganeswaran.
Baru-baru ini pihak cawangan NUPW Pahang telah menyampaikan cek pampasan kematian ahlinya kepada pewaris-pewaris ahli dari 4 buah ladang dengan kehadiran Pegawai Kementerian Sumber Manusia Daerah Temerloh En.Jufrizal dan Pengurus Ladang Selborne,Lipis En.Saravanan.
Pihak NUPW telah berusaha untuk mendapatkan Insurans Berkelompok secara percuma kepada pekerja-pekerja asing yang bekerja di ladang dan kilang sawit. Hal ini mendorong kepada kemasukan ahli yang baru di tempat bekerja.
Semua AJK Tempatan dan Negeri harus bekerjasama dengan Cawangan NUPW bagi merialisasikan perkara ini dengan cemerlang, katanya En.C.Uganeswaran.
Tuesday, 18 December 2018
Monday, 17 December 2018
சங்கத்தின் அங்கத்தினர்களாக பதிவு செய்கிறார் என்றால் அவர் செலுத்தும் சந்தா காப்புறுதி பணமாக திரும்பி அவரை வந்து அடைகிறது- செ.உகனேஸ்வரன்
==============================================================
அங்கத்தினர் பலம்தான் சங்கத்தின் உயிர் நாடி. நூற்றுக்கு நூறு விழுக்காடு தோட்டத் தொழிலாளர்கள் அங்கத்தினர்களாகும் போதுதான் சங்கம் நினைத்ததை சாதிக்க முடியும். அந்த சாதனைகள் என்பது அங்கத்தினர்களுக்கு நன்மைகளைக் கொண்டு வருந்தத்தக்கதாகத்தான் இருக்கும். அங்கத்தினகளின் நலன் கருதி சங்கம் எத்தனையோ சலுகைகளைப் பெற்றுக் கொடுத்து வருகிறது. சந்தாவாகச் செலுத்தும் பணத்திற்குக் கூடுதலாகவே பலன்களை மாதந்தோறும் பெற்றுக் கொடுக்கிறது. மாதச்சந்தா செலுத்தும் அங்கத்தினர்களுக்கு அவர்கள் செலுத்தும் தொகையைவிட கூடுதலான தொகையை தோட்ட நிர்வாகங்கள் காப்புறுதியாக செலுத்துகின்றன. எனவே, ஒரு தொழிலாளி சங்கத்தின் அங்கத்தினராக பதிவு செய்கிறார் என்றால் அவர் செலுத்தும் சந்தா காப்புறுதி பணமாக திரும்பி அவரை வந்து அடைகிறது.
இவ்வளவு வாய்ப்புகள் இருந்தும் அதனை தோட்டத் தொழிலாளர்கள் பயன்படுத்திக் கொள்ளவில்லை என்றால், அதனால் இழப்பு தொழிலாளர்களுக்குதான். சங்கத்தைப் பொறுத்த வரை அங்கத்தினராகும் வாய்ப்பை அனைவருக்கும் வழங்கி இருக்கிறது. அந்நியத் தொழிலாளர்கள் சங்கத்தின் அங்கத்தினர்களாகி பயனை அனுபவிக்கிறார்கள். நம்மவர்கள் இன்னமும் அலட்சியம் காட்டுகின்றனர். அத்தகையவர்களுக்கு சங்கத்தின்வழி கிடைக்கும் நன்மைகள் தோட்டச் செயலவை உறுப்பினர்கள் தெளிவாக விளக்கி அங்கத்தினர்களாக சேர்க்க முயல வேண்டும்.
அன்மையில் பகாங் மாநில தேசியத் தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம் தனது பணிமடையில் தமது அங்கத்தினர்களின் மரண இழப்பீட்டிற்கு காப்புறுதி பணத்தை வழங்கியது. இந்நிகழ்வில் தெமர்லோ நகரத்தின் மனிதவல அமைச்சின் அதிகாரி திரு,ஜுவ்ரிசால் அவர்கள் கலந்து சிறப்பித்தார். மேலும் லிப்பீசில் இருக்கும் செல்போன் தோட்ட மேலாளர் திரு.சரவணன் அவர்களும் இணைந்து சிறப்பித்தார். மாதந்தோரும் அங்கத்தினரும் தோட்ட நிர்வாகமும் இணைந்து சங்கத்தின் வழி அமைக்கப்பட்டுள்ள காப்புறுதியின் இழப்பீட்டை வழங்க, 4 அங்கத்தினர்களின் குடும்ப வாரிசுதாரர்களை அழைத்தோம் என்றார் பகாங் மாநில தேசியத் தோட்டத் தொழிலாளர் சங்க மாநில செயலாளர் திரு.செ.உகனேஸ்வரன் அவர்கள்.
தோட்டத்தில் வேலை செய்பவர்கள் கட்டாயம் சங்கத்தில் இணைந்து அதன் வழி கிட்டும் அனுகூலங்களை பெறுமாறு கேட்டுக்கொண்டார் மனிதவல அமைச்சின்அதிகாரி திரு.ஜுவ்ரிசால் அவர்கள். முடிந்தவரையில் அனைவரும் தங்களது துணைவர் மற்றும் பிள்ளைகளை இந்த சங்க காப்புறுதியில் இணைத்து கொள்வது மிகவும் அவசியம் என்றார் செல்போன் தோட்ட மேலாளர் திரு.சரவணன் அவர்கள்.
இந்த அனுகூலங்கள் அனைத்தும் பெற வேண்டும் என்றால் கட்டாயம் சங்கத்தில் இணைய வேண்டும், இல்லையேல் அவை கிடைக்காது. பகாங் மாநிலம் முழுவதும் தெ.தோ.தொ.ச. தோட்டங்களுக்குச் சென்று இதன் பலனை தெளிவுப்படுத்துகிறது என்றார் சங்க மாநிலச் செயலாளர் திரு. செ. உகனேஸ்வரன் அவர்கள். ஆக தோட்டத்தில் வேலை செய்யும் வேலை ஆட்கள் கட்டாயம் சங்கத்தில் இணைவது மிகவும் அவசியம்.
Wednesday, 4 July 2018
PENYUBURAN PATRIOTISME DAN PERPADUAN SEBAGAI
AGENDA UTAMA DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
C.UGANESWARAN
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah
tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita
seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama
hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna
rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni
yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri
yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam
menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri
amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini
secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil
menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya,
persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila
rakyat mengamalkan peribahasa, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,”
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan
dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam
sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum
di negara ini? Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat
haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut,
ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari
rebungnya”. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan
bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah
jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat
menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan
etnik. Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah
negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah
untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan
perpaduan kaum. Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian
berleluasa dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang. Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak
akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan
timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif .
Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu
bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan
wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat
rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini
pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan
bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.
Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan
persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini.
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram
di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa
hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada
tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan
dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum
boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan
terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi
meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir
kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun
Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa
yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
Perpaduan negara ini
juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan
dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara
ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa pihak yang cuba mendapatkan nama
dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa
diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum
sedia ada pada masa sekarang.

Sejak zaman
penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini
jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang
dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan
dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan
ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua
kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur. Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina
sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan
faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota
masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika
semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak
kita kecil lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
தேசியத் தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம் ரி.ம. 132,200.00 பெந்தா தோட்டத் தொழிலாளர்களுக்கு இழப்பீட்டுத் தொகையை வாதாடி கொடுக்கப்பட்டது. தெமெர்லோ, ...

-
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERA-PEKERJA LADANG CAWANGAN NEGERI PAHANG TELAH MEMBERI WANG PAMPASAN INSURANS KEMATIAN KEPADA PEWARIS-PEWARIS AHLI K...
-
En.C.Uganeswaran,Setiausaha NUPW Pahang menyampaikan Cek Pampasan Hilang Upaya Kekal kepada Pn.Nallamah sebanyak RM20.000.00 dari Ladang Bu...