SEKOLAH
SATU ALIRAN BUKANLAH SATU - SATUNYA "ALAT" UNTUK MELAHIRKAN "PEMAHAMAN PERPADUAN" ANTARA
PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA....
Peranan sekolah sebagai agen
sosialisasi tidak pernah disanggah oleh ahli-ahli sosiologi mahu pun
pendidikan. Budaya sekolah positif dikenal pasti sebagai salah satufaktor
penting dalam menjayakan wawasan dan matlamat sekolah agar seiring denganinspirasi
negara. Justeru, warga sekolah terutamanya para guru dan kepemimpinansekolah
mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorak dan menyuburkanbudaya sekolah
positif demi melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara padamasa
hadapan.
Malaysia sebuah negara yang
unik dan kompleks dengan pelbagai
kaum, budaya dan agama, maka
isu perpaduan menjadi tema utama dalam pembentukan polisi pendidikan negara
sejak dahulu lagi.
Jika melihat kepada
implikasi kepada perlaksanaan Sekolah Satu Aliran, ia akan memberi kesan untuk
jangka masa yang panjang kepada kadar pengganguran yang tinggi. Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil [SJKT] terdapat 524 buah sekolah di seluruh negeri di
Malaysia. Kesemua Guru Besar SJKT adalah "Ketua Jabatan" yang
mempunyai kuasa untuk mengambil keputusan di peringkat tempatan. Adakah memberi
kepastian selepas Sekolah Satu Aliran angka ini boleh kekalkan?
Pada masa yang sama ia akan memberi kesan
terhadap budaya dan tradisi yang dibawa oleh sesebuah etnik di Malaysia. Untuk
pengetahuan kepada semua, keunikan Malaysia adalah kepelbagai kaum dan etnik
dan keunikan tersebut akan memberi imej yang unggul kepada negara ini.
Sekolah satu aliran tidak boleh dilaksanakan di negara
ini, demikian pendapat Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan
Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. "Di Indonesia, Thailand, Filipina dan Mynamar, apabila merdeka,
mereka berasaskan konsep ASIMILASI, tetapi di Malaysia berasaskan INTEGRASI.
"Maknanya, memperakui perbezaan yang ada
dalam masyarakat kita dan memberikan ruang kepada perbezaan itu supaya boleh
berkembang sendiri.
Sebelum
kita melaksanakan Sekolah Satu Aliran, kita harus mengkaji dan memberi suatu
laporan keputusan kepada "Pelaksanaan Sekolah Wawasan". Sekolah
Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu
sistem pendidikan yang jitu.tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk
mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat
majmuk di Malaysia. Apakah keberkesanan Sekolah Wawasan yang bertujuan
melahirkan "komuniti perpaduan"?.
"The limits of my language mean the
limits of
my world."
- Philosopher Ludwig Wittgenstein
UNESCO
telah menyarankan bahasa ibunda perlu digunakan secara luas pada tahun 2001. Jika dibandingkan
Malaysia ke peringkat antarabangsa,terdapat sejumlah 2,700 sekolah Cina di
Tenggara Asia, di mana 49% adalah di Malaysia. Malaysia satu-satunya negara
mengeluarkan Guru Cina yang bertauliah. Thailand mempunyai Universiti China.
Myanmar tidak lagi mempunyai guru-guru Cina yang terlatihan.
Perpaduan negara tidak
semestinya datang dari sekolah satu aliran. yang penting adalah sukatan pelajaran yang sama untuk semua
sekolah adalah lebih penting. Sukatan yang selaras yang terkandung nilai dan
intipati yang menjurus kepada satu hala pada tempoh yang sama.
Oleh
itu, kita harus mencari cara yang terbaik bagi memastikan "Fahaman
Perpaduan" ini dijaga secara holistik dan tidak mengecilkan budaya dan hak
sesebuah etnik dan kaum di negara yang aman dan damai ini.
Daripada:- C.Uganeswaran - nesuga@yahoo.com
No comments:
Post a Comment