Tuesday, 18 December 2018

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERA-PEKERJA LADANG CAWANGAN NEGERI PAHANG TELAH MEMBERI WANG PAMPASAN INSURANS KEMATIAN KEPADA PEWARIS-PEWARIS AHLI KESATUAN DARI 4 BUAH LADANG DI PAHANG-C.Uganeswaran
===============================

Pihak NUPW telah berjaya mendapatkan subsidi bagi pembayaran premium Insurans AIA setiap bulan dan untuk setiap orang melalui Perjanjian Bersama MAPA/NUPW. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam mendaftarkan ahli baru dalam kesatuan supaya kita boleh merealisasikan apa yang kita mohon.
Pihak NUPW juga telah mendapatkan lebihan istimewa iaitu mendapatkan subsidi lebih daripda bayaran yang dibayar oleh ahli NUPW. Terlebih dahulu pihak NUPW telah berunding dan dapatkan daripada pihak majikan.

Keistimewaan ini hanya kepada sesiapa yang menjadi AHLI NUPW sahaja. Ia boleh menambahkan jumlah ahli kesatuan dari ladang dan kilang sawit. Setiap pekerja harus menyedarkan bahawa kemudahan ini untuk golongan pekerja dan ia semata - mata dipergunakan oleh mereka. oleh itu, seorang pekerja ladang dan kilang sawit harus menyertai dalam kesatuan bagi menikmati kemudahan ini yang harus dipergunakannya.

Pihak NUPW bukan hanya berunding untuk gaji baru malah mengadakan rundingan untuk kehidupan yang harmoni dan menjamin dalam kemudahan asas bagi setiap orang pekerja ladang dan kilang sawit. Oleh itu, setiap orang perlu sedar bahawa usaha NUPW untuk semua golongan di Sektor Perladangan. Sesiapa yang belu menjadi ahli dalam NUPW, sila mendaftarkan dirinya dalam NUPW bagi menjamin kehidupannya yang bahagia dan terjamin. Tambahan pula, beliau menyeru setiap AJK Ladang dan Kilang Sawit harus mengutamakan kebajikan ahli dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Perkhidmatan mereka harus diberi penghormatan maka kebajikan ahli di tempatan harus diutamakan, kata Setiausaha Cawangan  NUPW Negeri Pahang En.C.Uganeswaran.

Baru-baru ini pihak cawangan NUPW Pahang telah menyampaikan cek pampasan kematian ahlinya kepada pewaris-pewaris ahli dari 4 buah ladang dengan kehadiran Pegawai Kementerian Sumber Manusia Daerah Temerloh En.Jufrizal dan Pengurus Ladang Selborne,Lipis En.Saravanan.
Pihak NUPW telah berusaha untuk mendapatkan Insurans Berkelompok secara percuma kepada pekerja-pekerja asing yang bekerja di ladang dan kilang sawit. Hal ini mendorong kepada kemasukan ahli yang baru di tempat bekerja.

Semua AJK Tempatan dan Negeri harus bekerjasama dengan Cawangan NUPW bagi merialisasikan perkara ini dengan cemerlang, katanya En.C.Uganeswaran.

1 comment:

தேசியத் தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம் ரி.ம. 132,200.00 பெந்தா தோட்டத் தொழிலாளர்களுக்கு இழப்பீட்டுத் தொகையை வாதாடி கொடுக்கப்பட்டது. தெமெர்லோ, ...